icon-search

Sah ke puasa tanpa niat?

Sah ke puasa tanpa niat?


Setiap kali apabila Bulan Ramadhan menjelma, mesti akan ada isu orang yang terlupa niat puasa. 

Antara sebab yang femes adalah apabila kita bangun daripada tidur untuk bersahur, kita akan sahur dalam keadaan mamai. 

Jadi kami akan kongsikan pandangan ulama tentang hukum terlupa niat puasa.
 
 

Ada 3 syarat berniat yang perlu diketahui oleh umat Islam 

Berniat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat, puasa seseorang itu akan dikira tidak sah. 

Kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhah) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamaan dengan niat seperti mana solat.


Firman Allah;


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”. – (Al-Bayyinah: 5)




Dalam berniat untuk berpuasa, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Kebanyakan kitab – kitab Fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat Ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya.


Antara yang disebutkan ialah:

1. Al – Jazm: yang dimaksudkan disini adalah benar – benar memastikan tanpa ragu – ragu.

2. Al - Ta’yiin: iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya samaada ianya puasa Ramadhan, Wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.

3. Al-Tabyiit: menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Hafsah R.Anha:


Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut). – Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.


Adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam?

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dalamm kalangan masyarakat Islam. 

Para ulama telah terbahagi kepada dua pendapat dalam permasalahan ini. 


  • Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.

    Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah.


  • Kedua: tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R,Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa setiap harinya adalah ibadah persendirian  (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain – lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana  sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.


Bagaimana pulak dengan kes orang yang terlupa niat berpuasa?

Niat puada tu wajib dilakukan pada tiap -tiap malam. Oleh itu, orang yang terlupa berniat puasa pada mana – mana bahagian waktu malam tidak sah puasanya dan wajib diqadha hari puasa yang terluput itu pada hari lain di luar bulan puasa. 

Tapi, untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai Langkah berjaga – jaga dan dtakuti terlupa berniat puasa pada malam hari. Ulama – ulama mazhab syafi’e menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki



Dalam perkara ini Syeikh As – Sharqawi Rahimahullah dalam Hasyiahnya menyebutkan;

Ertinya: “Sekiranya seseorang berniat pada malam pertama Ramadhan untuk berpuasa sebulan penuh, adalah tidak memadai selain pada hari pertama itu sahaja. Walaubagaimanapun, hendaklah dia melakukan yang demikian itu (berniat pada malam pertama Ramadhan untuk berpuasa sebulan penuh) supaya dia mendapat pahala puasa bulan Ramadhan sekiranya dia terlupa untuk berniat pada (setiap malam) sebagaimana mengikut pendapat Imam Malik Radhiallahu ‘anhu – Begitu juga sunat berniat puasa di awal siang hari pada hari dia terlupa berniat bagi mendapatkan pahala puasanya sebagaimana pendapat Imam Abu Hanifah Radhiallahu ‘anhu – Jelasnya, semua perkara yang dinyatakan itu adalah dilakukan dengan cara bertaqlid…” (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala tuhfah at-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih Al-Lubab: Juz 1, halaman 407)



Pengarah kitab Hasyiah al – Baijuri pula menyebutkan;

Ertinya: Dan menurut pendapat Imam Malik, sesungguhnya adalah memadai berniat puasa satu bulan penuh Ramadhan pada malam pertama daripada bulan Ramadhan. Dan bagi orang yang bermazhab Syafi‘e boleh bertaqlid (mengikut) dalam perkara tersebut bagi mengelak supaya dia tidak terlupa berniat pada satu-satu malam yang menyebabkan dia perlu mengqadha’ puasanya. (Hasyiah asy-Syeikh Ibrahim al-Baijuri: 1/553)


Berdasarkan perkataan dua ulama Syafi,e di atas, mereka dilihat turut cenderung untuk bertaqlid dengan mazhab Maliki dalam perkara menjaga kepentingan orang yang terlupa berniat setiap malam, iaitu berniat sebulan penuh di malam pertama bulan Ramadhan. Maka ia bolehlah dilakukan bahkan sunat beramal denganya.




WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://orangkata.my/agama/alamak-semalam-terlupa-baca-niat-puasa-apa-hukumnya/


 
 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping