icon-search

Persiapan Sebelum Meninggal Dunia

Persiapan Sebelum Meninggal Dunia

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara: sebelum meninggal dunia.

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurankan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada'kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf kepada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT

3. Hak kepada kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga iaitu redha kepada qada' ALLAH SWT, sabar menerima bala' dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah SAW, iaitu dengan sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://modernmumthingy.com/sebelum-meninggal-dunia-pastikan-lakukan-10-perkara-ini/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping