icon-search

Perkara yang Membatalkan Solat

Perkara yang Membatalkan Solat

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]

Solat adalah sesuatu perkara yang wajib bagi umat Islam untuk mendirikannya. Jadi, kita wajib untuk menjaga solat agar solat yang kita kerjakan tidak menjadi sia-sia. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan solat seseorang itu terbatal.


1. Bercakap dengan sengaja

Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maksudnya. 

Manakala jika terbatuk, bersin atau menguap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dikehendaki untuk berhenti dari bacaan tersebut dan kemudiannya diulang kembali bacaannya.

Jika anda teruskan bacaan ketika dalam keadaan batuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu akan menjadi salah, maknanya yang tidak tepat sekaligus membatalkan solat tersebut. Dalam hal ini, ia juga termasuk sama seperti bercakap juga kerana mengeluarkan perkataan yang bukan bacaan dalam solat.

2. Ketawa atau menangis (mengeluarkan suara atau menggerakkan badan)

Jika menangis atau ketawa sehingga mengeluarkan suara serta menggerakkan badan dapat membatalkan solat. Dan jika ini terjadi anda mestilah mengulangi semula solat tersebut.

 Jika anda menangis atau ketawa tanpa suara, hukumnya pula adalah makhruh. Jadi seelok-eloknya elakkan ketawa atau menangis ketika mendirikan solat.

3. Menggerakkan Anggota Badan Tiga Kali Berturut-turut

Ketika mendiriakn solat semua anggota badan tidak boleh bergerak (yang bukan gerakan di dalam solat) sebanyak tiga kali berturut-turut. Berturut-turut disini bererti berterusan tanpa henti. Jika gerakan itu dibuat tidak berturut-turut maka solat tersebut tidak batal walaupun dibuat lebih dari tiga kali. Jadi, sebaiknya anda menjaga pergerakan ketika solat.

4. Kedatangan hadas 

Sama ada hadas kecil atau hadas besar.

5. Takbiratul Ihram Putus Bacaan

Takbiratulihram mesti dibaca dan dilafazkan dalam satu nafas tanpa berhenti di tengah-tengahnya dan bacaanya tidak boleh dipisahkan. Contoh bacaan takbiratulihram yang betul dan salah adalah seperti berikut:

Bacaan yang salah: Allahu. Akbar (Bacaan yang terputus)

Bacaan yang betul: Allah……hu….Akbar (Bacaan yang bersambung dan dalam satu nafas)

6. Sengaja Memanjangkan Rukun Pendek

Rukun pendek adalah iktidal dan duduk antara dua sujud. Rukun ini tidak boleh sengajakan dipanjangkan. Namun jika anda mengalami keuzuran atau sukar bergerak, itu tidak mengapa.  Tetapi jika dil;akukan dengan sengaja, adalah tidak boleh.

7. Rukun Qauli Dibaca Dengan Sengaja Bukan Pada Tempatnya

Solat akan batal serta merta jika anda sengaja membaca surah al-Fatihah misalnya ketika sujud atau rukuk. Namun, jika anda tidak sengaja atau terlupa, solat tersebut tidak batal tetapi anda haruslah berhenti bacaan ayat tersebut apabila anda tersedar, jangan pula diteruskan.

8. Makan Dan Minum

Perbuatan seperti makan dan minum walaupun sedikit akan membatalkan solat denagn serta merta. Contohnya, jika tertelan sedikit sisa makan di mulut, solat tersebut akan terbatal.

Sebab itulah disunatkan sebelum solat, untuk bersugi atau berkumur (bersihkan mulut) terlebih dahulu bagi menyucikan sisa makanan dalam mulut.

9. Terkena Najis

Jika sedang mendirikan solat dan terlihat najis di pakaian, badan, tikar sejadah ataupun tempat solat, solat juga akan terbatal dan harus diulang semula. Jadi, apabila mahu memulakan solat, periksa dan pastikan persekitaran  bebas dari najis dan kotoran. 

10. Niat Berubah

Perkara yang membatalkan solat juga adalah niat yang berubah. Sesudah takbiratulihram, anda tidak boleh mengubah niat dan tidak boleh berasa was-was sama ada niat anda betul atau sebaliknya.

Selain itu, tidak boleh ada lintasan hati untuk membatalkan solat sebelum tiba salam. Ini kerana ibadah solat adalah pendek masanya berbanding dengan ibadah haji atau puasa iaitu ibadah haji dan puasa setelah jatuh niat walau apa pun lintasan di hati tidak akan membatalkan ibadah itu dengan serta merta, melainkan berlaku perbuatan yang membatalkannya. Oleh itu, fokuslah ketika sedang bersolat.

11. Terbuka Aurat Dengan Sengaja

Dalam mendirikan solat, hal terpenting adalah menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan. Maksudnya, aurat tidak boleh terbuka ketika sedang solat kerana boleh membatalkannya.

Terutamanya bagi golongan wanita yang kerap mengalami dilema telekung singkat, jarang, terselak dan sebagainya. Berhati-hatilah kerana dengan sebab-sebab ini solat menjadi tidak sah.

Bagi lelaki pula, pastikan pakaian yang dipakai melebihi paras lutut dan atas dari bahagian pusat serta tidak ketat dan selesa untuk solat.

12. Memandang ke Tempat Lain Dengan Sengaja

Memandang ke arah tempat lain dengan sengaja juga boleh membatalkan solat. Ini juga bermaksud tidak fokus ketika mendirikan solat. Sebaiknya hanya memandang ke arah tempat yang akan di sujud, di sejadah.

13. Murtad

Andainya ketika solat, terlintas di fikiran anda untuk membuat perkara-perkara yang dapat menjejaskan akidah anda, hukumnya adalah murtad atau keluar dari Islam. Orang yang murtad, solatnya batal dan tidak sah.

 

Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://akuislam.com/blog/ibadah/perkara-membatalkan-solat/
https://bidadari.my/perkara-yang-membatalkan-solat/
https://mediaislamik.com/perkara-yang-membatalkan-solat/
https://news.detik.com/berita/d-5344236/16-hal-yang-membatalkan-sholat-wajib-diketahui
http://blogsnipers.blogspot.com/2013/07/perkara-membatalkan-solat-menurut.html
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3466-irsyad-al-hadith-siri-ke-379-solat-merupakan-tiang-agama



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping