icon-search

Perkara-Perkara Yang Perlu Kita Rahsiakan dalam Islam

Perkara-Perkara Yang Perlu Kita Rahsiakan dalam Islam

Sebagai seorang manusia, kita pasti mempunyai perasaan ingin memberitahu sesuatu kepada orang ramai walhal perkara itu merupakan perkara yang tidak patut diberitahu kepada umum. Ingin diingatkan bahawa manusia mempunyai pelbagai ragam dan hati. Ada juga yang mempunyai perasaan dengki sekiranya mereka mengetahui tentang sesuatu perkara daripada kita. Oleh itu, kita harus merahsiakan perkara-perkara ini daripada memberitahu umum agar hidup kita bahagia dan harmoni.


Pertama: Rahsiakan Umurmu

Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita. Mungkin mereka akan terus menerus mempersoalkan tentang sesuatu perkara sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.

Kedua: Rahsiakan Tentang Hal Ehwal Keluarga Kita

Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya. 

Ketiga: Rahsiakan Tentang Harta Kita

Kita perlu merahsiakan harta kita agar dapat mengelakkan daripada orang lain mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati dengan harta yang kita miliki.


Oleh itu, hendaklah kita menjaga 3 perkara ini agar kita tidak mengundang sebarang musibah dalam keluarga kita sendiri. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang perbuatan terkutuk dan keji. Aamiin.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:
https://www.mariafirdz.com/2018/01/3-perkara-sepatutnya-tak-perlu-tayang.html
https://www.thevocket.com/3-perkara-yang-patut-dirahsiakan-daripada-orang-ramai/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping