icon-search

NISFU SYABAAN

NISFU SYABAAN

Bulan syabaan merupakan bulan yang mulia dimana pada bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Pada bulan ini mempunyai malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat islam iaitu Malam Nisfu Syaaban. Nisfu syaaban akak pada setiap 15 hari bulan syaaban tahun islam. Pada bulan  ini merupakan masa untuk mengejar kebajikan dan memperbanyakkan  amalan ibadat sebelum tibanya bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah.

Pada Malam Nisfu Syaaban ini  Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada kita, hambanya dengan memberi keampunan kepada mereka (hamba-hambanya) kecuali yang syirik kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.

Oleh hal yang demikian, kita perlulah memanfaatkan bulan syabaan ini dan juga malam nisfu syabaan yang istimewa itu dengan sebaiknya.

Di kesempatan ini, seluruh warga Socaz Hq ingin mengucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. 

www.socaz.my 


Sumber:
muftiwp.gov.my




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping