search

Niat Puasa Enam hari & ganti puasa di Bulan Syawal

Niat Puasa Enam hari & ganti puasa di Bulan Syawal

Dengan berlalunya bulan mulia Ramadan al-Mubarak, tidak bermakna amalan ibadah kita juga berakhir, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawal pula.


Amalan Puasa Sunat Syawal

Selain meneruskan ibadah seperti mengaji, al-Quran, bertadarus, berqiyamulail serta beriktiqaf semasa di bulan puasa, segala amalam tersebut boleh diteruskan ketika di bulan Syawal, termasuklah dengan puasa sunat enam Syawal atau dikenali sebagai ‘puasa enam’ yang ditunaikan selama enam hari pada bulan Syawal.


Apakah Hukum Menunaikan Puasa Enam?

Hukum melaksankan puasa enam ini adalah sunat yang sangat dianjurkan, dan ianya bukanlah wajib.


Jumhur fuqaha daripada mazhab al-Syafie, al-Hanbali dan sebahagian fuqaha al-Hanafi dan al-Maliki bersepakat mengatakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal adalah mustahab (sunat).


1. Niat Puasa Enam (Puasa 6)


نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى


“Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”




Bagaimana Caranya untuk Menunaikan Puasa Sunat Enam?


Dalam melaksanakan puasa enam, boleh berpuasa secara berturutan tanpa selang seperti puasa bulan Ramadan. Tetapi jika berpuasa secara berselang hari juga dibolehkan asalkan masih berada dalam bulan Syawal itu.


Secara telitinya;

  • Paling afdal adalah secara berturut-turut: Sebaiknya bermula 2 Syawal sehingga 7 Syawal. Contohnya, jika Hari Raya Aidilfitri pada 8 Oktober, maka bolehlah berpuasa enam mulai 9 Oktober sehingga 14 Oktober (7 Syawal).
  • Berpuasa secara berselang-seli: Berpuasa sama ada selang sehari, selang dua atau tiga hari sekali, selama enam hari dalam bulan Syawal.


Namun, jika berpuasa secara berselang hari:

  • Selang Sehari : Sekiranya puasa enam dimulakan pada hari Isnin, ianya akan berakhir pada hari Khamis seminggu kemudian. Contohnya jika mula berpuasa pada 9 Oktober, dan ianya akan berakhir pada 19 Oktober.
  • Selang Dua hari: Sekiranya bermula puasa enam pada 9 Oktober, selang dua hari berikutnya adalah pada 12, 15, 18, 21 dan berakhir pada 24 Oktober.
  • Selang Tiga hari: Jika berpuasa pada 9 Oktober, selang tiga hari berikutnya adalah pada 13, 17, 21, 25 dan akan berakhir pada 29 Oktober.
  • Berpuasa sebanyak enam hari pada awal, tengah dan akhir bulan Syawal: Jika mula berpuasa pada 2 Syawal (9 Oktober), diikuti 13,14 dan 15 Syawal dan berakhir pada 29 dan 30 Syawal.
  • Berpuasa selama enam hari pada mana-mana hari pun dalam bulan Syawal.


2. Niat Puasa Ganti dan Puasa 6 Serentak


Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha’ Ramadan serta enam Syawal kerana Allah Ta’ala”


Secara ringkasnya, menyatukan puasa ganti serentak dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.


Menunaikan Puasa Enam, Atau Menganti Puasa Yang Tertinggal Terlebih Dahulu?


Jadi, adakah dibolehkan seseorang itu menunaikan puasa sunat enam Syawal, sedangkan dia belum pun mengganti puasanya yang terdahulu?


Dalam permasalahan ini, terdapat banyak khilaf dan pendapat para alim ulama.


Antaranya ialah Para alim ulama yakin bahawa melalui hadis ini, Rasulullah SAW mensyaratkan agar ‘berpuasa Ramadan’ terlebih dahulu, kemudian ‘mengiringinya dengan enam hari di bulan Syawal’.


Ini bermakna puasa sunat enam Syawal dilaksanakan selepas seseorang itu selesai menunaikan ibadah puasa Ramadannya.


Lalu, jika ada puasa Ramadan yang tertinggal, maka gantilah terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat enam hari. Bahkan menyegerakan ganti puasa itu adalah amalan yang terpuji.



WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

  https://therohani.com/niat-puasa-enam-syawal-ganti/ 




 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping