search

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah

Bagi meredakan sedikit ketegangan dan kekusutan orang ramai dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang mana kita diuji dengan pelbagai ujian, salah seorang pengguna Twitter menyarankan agar orang ramai mengamalkan surah Al-Waqiah.

Dalam postingnya, dia menyeru orang ramai untuk membaca surat tersebut setiap malam sebelum tidur kerana terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan surah tersebut termasuk rezeki yang akan datang tanpa dijangka. 

Tidak dinafikan terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah. Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat. Bagi anda yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut anda ketahui.

Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan sehariah kita. Antaranya adalah seperti:

1. Beroleh pelbagai kesenangan

Khasiat surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila anda mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izin-Nya anda akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya. Apabila anda kerap kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah anda tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah ruah tanpa anda sedari.

2. Dijauhkan dari kemiskinan

Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara  tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpa."

Tahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa. Lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

3. Dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah

Dengan mengamalkan surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, Insha Allah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.

Walaupun begitu, juka seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapatkan beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka inshaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

4. Ditunaikan segala hajatnya.

Sesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seseorang muslim itu harus mengamalkan surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki. 

Sebahagian ulama pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudahkan rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

5. Menjadi seorang yang lebih bersyukur

Untuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, anda harus mempraktikkan surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga. 

Amalkan membacanya sebanyak tiga kali selepas selesai solat subuh dan tiga kali selepas solat isyak, inshaAllah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi serta bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

6. Menjauhkan diri dari sifat riak dan bongkak

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Kita juga akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, kita juga akan dapat mengindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia. Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir dari jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak. 

7. Menjadikan raut wajah lebih berseri-seri

Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang. 

Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut. 

Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda. InshaaAllah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

8. Menjadi mukmin yang sejati, lebih sufi dan lebih mendekatkan diri kepada Allah

Unruk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, Surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk anda berubah. Anda harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten. Petua Syeikh Abi'l Abbas, untuk surah Al-Waqiah, terlebih dahulu anda perlu berpuasa selama tujuh hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.

Dalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaiatu pada malam Jumaat, bacalah surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali.

Dengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung anda dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan anda mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Anda boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

9. Permudahkan orang sakit atau bersalin

Surah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita.

Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan. Itulah dia kelebihan surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan. 

Jelaslah bahawa surah Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu. 

Semoga bermafaat.




WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M serendah RM4.90
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/9-kelebihan-membaca-surah-al-waqiah-rezeki-yang-tak-dijangka-adalah-sebahagiannya/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping