icon-search

Kelebihan Berpuasa Sunat

Kelebihan Berpuasa Sunat

Banyak manfaat yang boleh kita peroleh jika kita berpuasa sunat pada hari-hari tertentu. Selain daripada mendapat ganjaran pahala, ada juga manfaat lain yang dapat kita peroleh. 

1. Puasa Arafah

Iaitu puasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah RA katanya, Baginda bersabda:

Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [HR Muslim 1162]

2. Puasa 6 di bulan Syawal

Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim 1164]

3. Puasa pada hari putih setiap bulan

Ia adalah pada hari yang ke-13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Pada tarikh ini bulan dalam keadaan mengambang penuh, jadi cahaya bulan akan terang benderang menerangi alam.

Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, katanya:

Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur. [HR Bukhari 1124 dan Muslim 721]

4. Puasa Isnin & Khamis

Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadis, daripada Aisyah R.Anha, katanya:

 Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis. [HR Tirmizi 745]

5. Puasa pada hari Asyura' dan Tasu'aa

Asyura’ adalah hari yang ke-10 bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas RA, katanya:

Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. [HR Bukhari (1900) dan Muslim (1130)]



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/03/15/miliki-keistimewaan-ketahui-5-puasa-sunat-yang-tercatat-dalam-al-quran-dan-hadis-sahih
https://www.islam.gov.my/ms/e-hadith/284-kelebihan-berpuasa-pada-hari-isnin




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping