icon-search

Keberkatan Sedekah

Keberkatan Sedekah

Setiap manuasia sudah dijamin rezekinya oleh Allah SWT. Ia bukan hanya wang ringgit tetapi pengertiannya sangat luas termasuk kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan  iaitu isteri dan anak yang baik. Ada yang selalu mengeluh terhadap keadaan ekonomi semasa, kerana asyik berbanding rezeki dengan orang lain tetapi tidak pernah cuba untuk mengubah nasib sendiri.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu adalah cubaan serta rintangan agar menjadikan diri kita lebih bersabar dan terus berusaha. Teruslah berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras yang terus-menerus.

Bersikap redha dan bertawakal agar Allah SWT memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya. Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima. Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya.

 

Firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesungguhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.”

 (At-Taalaq: 3)

 

Namun tahukah anda bahawa sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan mencari rezeki. Bahkan dapat membuka pintu rezeki lebih luas, kepada mereka yang melakukannya. Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki seseorang hamba.

 

Allah berfirman sebagai berikut:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(QS Al-Baqarah : 261).

 

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita, maka gunakan kesempatan itu untuk melihat keindahan dari ciptaan Allah. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan. Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu, untuk membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

 

Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

 

Apabila bersedekah, kita harus diiringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran untuk mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Setidak-tidaknya, gerakkan diri kita bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

 

Dari hadis tersebut membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tertutup selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar.


Okey, dah habis tu

Jom tengok sale SOCAZ pulak  

Sekarang SOCAZ buta BIG SALE  

Kita buat yang Hot Item punya  

  • Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M

Sepasang RM4.90, menarik lagi korang boleh pilih warna

Ada lebih daripada 10 warna menarik untuk korang piloih

Nak matching pun boleh  

Best kan? Jangan tunggu lama, sebab stock pun dah kurang ni  

Minat? Tekan je link di bawah:


#stokin #handsock#teamsocaz#socaz #stokinsoka#stokincantik
#socazbest #socazsquad #muslimah #aurah #handsockcantik

 #handsockmurah #stokinalien #stokinjari #best #handsocksejuk #stokinsejuk 

#handsockbest #stokinpantang #stokinmuslimah #stokinmurah #handsockmuslimah #handsockselesa 

www.socaz.my

Sumber:

https://wazan.upm.edu.my/artikel/sedekah_membawa_keberkatan-46985



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping