icon-search

Hari Yang Diharamkan Berpuasa

Hari Yang Diharamkan Berpuasa

Kita sebagai umat Islam haruslah mengetahui hari yang disunatkan, diharamkan dan juga hari makruh untuk berpuasa supaya dapat menunaikan ibadah sunat kepada Allah S.W.T. Manakala pada hari makruh berpuasa, kita tidak digalakkan untuk puasa sunat dan kita diharamkan untuk berpuasa pada hari haram puasa.

Hari yang diharamkan berpuasa bagi umat islam adalah :

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW."

2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud :

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."

3. Hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."

4. Hari Haid dan Nifas.

5. Ulama Mazhab Shafie berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban. Iaitu yang di antaranya terdapat hari syak, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis, bagi mereka yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Syaaban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Syaaban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Syaaban. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

"Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Ahmad) 

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadis ini kerana hadis ini adalah hadis daif menurut pendapat Imam Ahmad.

 

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.jawi.gov.my/component/content/article?id=1290



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping