search

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tiada wanita di dunia ini yang tidak mengimpikan syurga. Allah juga telah memberikan gambaran seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa wanita solehah pasti dijanjikan syurga. Namun untuk meraih tempat di syurga bukanlah mudah tetapi tidaklah mustahil.

Jika seorang wanita yang bergelar isteri mengerjakan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya dan kepada yang belum bergelar ister, beliau mentaati kedua orang tuanya, nescaya syurga itu tidak mustahil untuk dijejaki.

Berikut merupakan antara ciri-ciri wanita solehah yang membawa ke syurga. Mari kita renungi bersama dan semoga bersama-sama kita dapat mencium bau syurga.

1. Suka Bersedekah

Semua orang sudah sedia maklum bahawa amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap muslim yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan setiap sedekahnya yang diterima di sisi Allah dijanjikan ganjaran yang paling sedikit adalah sebanyak 10 kali ganda pahala. 

Sebagai contoh, seseorang yang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun jumlah yang disumbangkan tidak seberapa, namun Allah akan tetap membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga di akhirat kelak di atas kejujuran dan keikhlasannya untuk bersedekah. Seorang dermawan yang sering membelanjakan wangnya ke jalan yang diredhai kelak rezekinya juga akan melimpah-ruah.

2. Selalu Menepati Janji

Janji merupakan suatu perkataan yang menyatakan kesediaan dan kesanggupan seseorang itu untuk berbuat sesuatu yang dipertanggungjawabkan tanpa gagal memenuhinya.

Menurut surah Al-Baqarah ayat ke-40, mereka yang setiasa mengotakan janjinya dapat menjadi penyebab terhapus dosa-dosanya dan seterusnya membawa ke syurga.

Selain manfaat ke syurga, dengan selalu menepati janji, wanita solehah ini secara tidak langsung mendapat kepercayaan penuh tidak kira dari ahli keluarga mahupun sahabat handai yang dapat membantu memperluas hubungan sosial di samping mendapat pahala kebaikan dan kebajikan antara umat manusia. Hal ini juga dapat memanjangkan dan mengeratkan hubungan silaturrahum sesama insan.

3. Ikhlas dalam Beribadah

Tiada manusia di dunia ini yang mampu terlepas daripada melalui titian sirat termasuklah para wanita yang diketahui ramainya yang menjadi penghuni neraka. Tempoh perjalanan meniti titian sirat itu bergantung kepada amalan manusia ketika di dunia. 

Menurut surah al-Ikhlas ada menggambarkan betapa pentingnya menusia mengutamakan sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia di akhirat kelak. 

Wanita solehah yang sentiasa ikhlas dalam beribadan pasti membawanya ke syurga dan juga secara tidak langsung dapat memberi pengaruh yang baik kepada suami dan anak-anaknya untuk turut serta ke syurga.

4. Mempelajari dan Memahami Al-Quran

Membaca, mempelajari dan sedaya upaya memahami Al-Quran adalah sangat dituntut oleh syarak dan merupakan satu amal ibadah yang sangat utama. Seseorang yang membaca Al-Quran haruslah mengamalkan adab-adab membaca Al-Quran supada mendapat manfaat sebanyak yang boleh melalui pembacaannya. 

Begitu tinggi darjat seorang wanita solehah di sisi Allah apabila beliau membaca Al-Quran berserta adab-adabnya. Ini kerana, mereka membacanya dengan penuh khusyuk, syahdu dan jelas didengari akan lebih mempengaruhi dan memberi kesan yang mendalam kepada hati nurani dan memudahkan orang lain yang mendengar. 

Justeru, mereka sekaligus dapat menghayati dan bersama-sama merenungkan maksud ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan mendapatkan keredhaan Allah yang boleh membawa ke Syurga dan bukannya untuk mencari populariti.

5. Mengamalkan Amar Ma'ruf Nahi Munkar

Ciri wanita solehah seterusnya yang bakal menjadi penghuni syurga adalah gemar melakukan kebaikan sesuai dengan apa yang sudah diajarkan oleh Islam sekaligus menghidupkan amar ma'ruf nahi munkar untuk ahli keluarga dan juga masyarakat sekitar.

Amar ma'ruf bermaksud perintah atau dorongan untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang dituntut oleh akidah dan syariat Islam manakala nahi munkar bermaksud perintah untuk menjauhi perkara-perkara yang tidak baik yang harus dihindari oleh akidah dan syariat Islam.

Mereka adalah wanita yang membenarkan halal dan menghalang yang haram. Ciri-ciri wanita solehah ini bakal membawa anda ke syurga.

6. Melakukan kebaikan dengan Makhluk Sekitar

Kebaikan tidak harus ditunjukkan hanya kepada umat manusia seperti keluarga, anak yatim, jiran tetangga, fakir miskin tetapi juga kepada haiwan. Berbuat baik terhadap semua haiwan walaupun dengan kebaikan yang kecil membuat wanita solehah ini diberi pahala, dijanjikan syurga dan boleh diampunkam dosa-dosanya. Ciri wanita solehah ini amat mudah bagi mereka yang menyayangi haiwan.

Begitulah besarnya ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT terhadap sesiapa sahaja termasuk wanita solehah yang melakukan kebaikan kepada haiwan meskipun ia bukan haiwan peliharaan atau haiwan yang dianggap najis di sisi masyarakat seperti anjing.


WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Promosi Box Of Happiness
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Cik Wania Blink Blink 
  • Handsock Ainisha 2.0
  • Ecosock Package
  • Stokin Essential

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://bidadari.my/ciri-wanita-solehah/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping