icon-search

Ciri - ciri utama ajaran sesat

Ciri - ciri utama ajaran sesat

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengenal pasti beberapa ciri utama ajaran sesat, sebagai panduan umum untuk masyarakat.


1. Penerimaan wahyu/ilham menerusi proses 'menurun'


Dakwaan oleh guru atau pemimpin atau pengikut bahawa dia boleh menerima wahyu daripada Allah atau daripada sumber ghaib yang tidak diketahui oleh orang lain, adalah satu tanda penyelewengan.


Ini tidak kira sama ada individu itu mendakwa menerima wahyu dengan mendengar suara atau melalui proses 'menurun', antara lain.


"Dakwaan tersebut bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah, kerana tidak seorang pun boleh mendakwa telah menerima wahyu daripada Allah kecuali para Nabi dan Rasul.


2. Mengubah suai hukum agama


Terdapat beberapa tafsiran atau amalan dalam ajaran sesat yang tidak mempunyai asas agama.


Ini termasuk penambahan amalan tanpa sebarang asas kukuh, atau  mengubah hukum agama, seperti mengamalkan 'nikah batin' atau mempercayai bahawa solat dianggap sempurna dengan hanya berniat untuk solat, tanpa benar-benar menjalankan ibadah solat itu.


Mengubah amalan agama 


  • Membuang dan/atau menggantikan amalan agama wajib seperti solat, puasa, haji, dan amalan-amalan lain tanpa alasan sah (seperti keringanan untuk orang uzur), adalah tanda penyelewengan.
  • "Semua kaedah ibadah mestilah selari dengan petunjuk yang terdapat dalam Al-Quran, serta ajaran Nabi Muhammad saw," ujar fatwa itu.


Mengubah hukum agama


  • Perkahwinan Batin - Nikah batin ialah perkahwinan yang dilakukan tanpa wali, saksi, akad nikah rasmi, dan mas kahwin. Dalam kebanyakan kes nikah batin, tidak ada batasan kepada bilangan wanita yang boleh 'dikahwini' seorang lelaki itu.


  • Penambahan ritual yang tidak dibenarkan - Sesetengah ajaran sesat menjalankan ritual pembersihan tambahan yang tidak diwajibkan oleh agama. seperti mandi ritual yang dianggap wajib oleh pemimpin sesuatu ajaran sebagai syarat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulannya, adalah satu percanggahan langsung ajaran agama, dan merupakan petanda bahawa kumpulan itu mengamalkan ajaran sesat.



3. Kepercayaan pada makna tersembunyi di sebalik huruf dalam Al-Quran


Menafsir Al-Quran memerlukan penguasaan bahasa Arab yang kuat, serta memerhatikan metodologi tafsir yang betul.


Sebarang kepercayaan terhadap makna tersembunyi di balik ayat atau huruf dalam Al-Quran adalah salah (fasid) dan tidak diterima dalam Islam.


Ia adalah sifat yang boleh didapati dalam banyak ajaran sesat yang telah wujud pada masa lampau.


Sebagai contoh, ajaran al-Batiniyah beranggapan bahawa segala sesuatu yang zahir dalam agama juga mempunyai makna batin, dan mereka yang melihat hanya zahir dianggap jahil, dan selama-lamanya terhad kepada undang-undang luar syariah.


Kepercayaan ini adalah palsu dan mesti ditolak.


4. Amalan rawatan kerohanian (ruqyah) meragukan


Melakukan rawatan kerohanian dengan membaca Al-Quran dan zikir yang betul dengan mengikuti Tibb Nabawi (Rawatan Cara Nabi) adalah sesuatu yang didukung oleh agama.


Amalan sebegini dikenali sebagai ruqyah shar'iyyah.


Amalan penyembuhan rohani menurut prinsip Islam ini terkenal dan telah diasaskan oleh ulama dan pakar yang berwibawa.


Nabi Muhammad bersabda: "Tidak ada salahnya (berbuat) ruqyah, selama tidak ada (unsur) syirik di dalamnya."


Ini berbeza daripada amalan rawatan tradisional, atau penyembuhan rohani yang mengandungi unsur yang meragukan.


Sebagai panduan umum, seseorang mesti memastikan keadaan berikut wujud:


  • Perawat ruqyah mesti mempunyai pengetahuan agama yang kuat, dan bertindak berdasarkan pengetahuan ini dengan sewajarnya, untuk memastikan bahawa tindakan rawatan itu selaras dengan ajaran agama dan dilindungi daripada ramalan dan khayalan tidak dibenarkan oleh agama.Yang kritikal ialah ajaran aqidah mesti dijaga, bagi memastikan amalan seseorang tidak terpesong oleh khurafat dan syirik.


  • Amalan penyembuhan rohani tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam dan mesti mengelakkan segala yang dilarang dalam agama.


        Ini termasuk prinsip berikut:


a) Wajib menjaga batas pergaulan dengan individu berlainan jantina yang bukan mahram 

Semasa menjalankan rawatan, seorang perawat tidak boleh menyentuh secara fizikal mereka yang bukan mahramnya tanpa sebarang keperluan mendesak seperti yang diiktiraf dalam Islam; dan seorang perawat tidak boleh berseorangan dengan orang berlainan jantina (yang bukan mahramnya). Perbuatan tersebut tidak mengikut ajaran Islam, dan oleh itu tidak boleh dibenarkan atas dasar ruqyah;


b) Bahan yang dilarang, serta yang dianggap najis atau kotor, seperti darah, tidak boleh digunakan     sebagai sebahagian daripada rawatan


c) Mantera tidak boleh dibaca.


"Peruqyah perlu mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan doa dalam bahasa Arab. Melakukan rawatan ruqyah shar'iyyah secara rohani memerlukan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikir terpilih.

"Perawat perlu memastikan bacaan Al-Quran mereka tepat dan jelas, kerana makna ayat boleh berubah jika tersalah baca.

"Ketidakpatuhan pada tuntunan agama yang disebutkan di atas adalah petanda bahawa kaedah rawatan yang digunakan meragukan dan boleh bercanggah dengan ruqyah shar'iyyah," kata fatwa itu.

Rawatan yang berjaya melalui kaedah sedemikian bukanlah bukti kepatuhannya dengan syariat Islam.

Ibn Abi al-'Izz al-Hanafi berkata walaupun seseorang itu mungkin kelihatan mempunyai kebolehan unik, sekiranya orang itu tidak mematuhi kewajipan dan larangan hukum agama, ia tidak bernilai apa-apa.



WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://www.beritaharian.sg/setempat/empat-ciri-utama-ajaran-sesat












Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping