icon-search

Benda yang Dilarang untuk Kaum Lelaki Pakai

Benda yang Dilarang untuk Kaum Lelaki Pakai

1. Menindik Telinga
Bukanlah menjadi kebiasaan dari sudut agama mahupun budaya bagi kaum lelaki untuk memakai subang. bahkan, subang merupakan salah satu bentuk barang perhiasan buat kaum wanita. makanya, tindakan seorang lelaki untuk tindik telinga boleh dianggap sebagai menyerupai wanita.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr yang meriwayatkan bahawa 

“Saya telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w. yang bersabda ``bukanlah termasuk daripada golongan kami wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”

Imam Ibnu Abidin dalam Hasyiyahnya menyatakan:

“melubangi telinga untuk dipasangi anting termasuk perhiasan wanita, kerana itu tidak halal bagi lelaki” (Raddul Muhtar, 27/81)

2. Memakai Gelang/Rantai
Terdapat riwayat daripada ‘Imran Bin Husain R.A bahawa Nabi SAW pada suatu hari melihat seorang lelaki yang memakai gelang di tangannya. 

Lalu Nabi SAW bersabda: 

مَا هَذِهِ الْحَلْقَةُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ هَذِهِ مِنَ الْوَاهِنَةِ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ انْزِعْهَا فَإِنَّهَا لاَ تَزِيدُكَ إِلاَّ وَهْنًا 

Maksudnya: Gelang apakah ini ? Maka lelaki itu pun menjawab: Ini disebabkan penyakit. Lalu baginda bersabda: Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.

Maka jelas daripada hadith di atas bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya pemakaian gelang dengan tujuan dan keyakinan bahawa ia dapat menyembuhkan ditanggal dan dijauhkan kerana ia sama sekali tidak dapat memberi manfaat mahupun mengelakkan kemudaratan.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang. Terdapat juga pandangan sebahagian ulama seperti Imam al-Ghazali yang memfatwakan keharusan gelang perak, kerana nas hanya menyebut pengharaman bekas makanan daripada perak dan pengharaman menyerupai wanita bagi lelaki. Namun pendapat yang lebih sahih ialah pandangan jumhur, bahawa memakai gelang ialah haram bagi lelaki.

3. Memakai Inai
Tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.

Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samaada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.

Adapaun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadith yang membenarkannya. 

4. Memakai Emas

Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan.  

Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.
Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya

5. Memakai Pakaian Sutera

Lelaki dibenarkan memakai pakaian yang kainnya bercampur dengan sutera jika campurannya 50%, sama dengan campuran bahan lain atau campuran sutera kurang dari 50%. Sebaliknya, lelaki haram untuk memakai sutera jika campurannya 50% lebih banyak daripada campuran lain. Sementara itu, pengecualian pula untuk anak kecil memakai sutera dan rukhsah diberikan kepada lelaki dengan penyakit kulit.



WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://muftiwp.gov.my/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping