icon-search

Antara Haiwan Kesayangan Nasi SAW

Antara Haiwan Kesayangan Nasi SAW

Siapa yang tak sukakan haiwan kan? Pergi je zoo seronok tengok haiwan-haiwan berkeliaran dalam sangkar mereka. Siap boleh pergi dekat dan bagi makan lagi.

Tahu tak, Nasi Muhammad SAW amat sayangi haiwan sehingga baginda melarang mana-mana orang menyakiti haiwan tersebut. Malah, tanpa haiwan rosaklah keseimbangan ekologi dan ekosistem alam.

Ada banyak hadith diriwayatkan bahawa baginda amat meyanyangi haiwan ciptaan Allah SWT. Antaranya:


KUCING

Sahabat Rasulullah SAW itu sentiasa membawa bersamanya kucing. Kelazimannya itu disedari Rasulullah SAW dan sahabatnya yang lain hingga beliau digelar Abu Hurairah bermakna bapa kucing. 

Beliau tidak tersinggung dengan gelaran itu, sebaliknya berbangga kerana kelaziman hobinya mendapat perhatian Rasulullah SAW dan sahabat lain. 


UNTA

Dikisahkan pada suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke dalam sebuah kebun milik seorang lelaki keturunan Ansar. Lalu baginda terlihat seekor unta yang sedang merintih kesakitan sehingga air mata unta itu mengalir.

Baginda SAW pun segera mendekati unta itu dan mengusap lembut bahagian belakang telinga sehingga unta itu diam dan tenang. Kemudian baginda bertanya dengan nada yang tegas dan keras: “Siapakah pemilik unta ini?” Maka dijawab jujur oleh seorang lelaki di kebun itu, “Sayalah pemilik unta ini ya Rasulullah.”

Baginda SAW nyata tidak senang dengan tindakan lelaki itu lalu menegurnya: “Tidakkah kamu takut kepada Allah sehingga kamu memperlakukan binatang yang Dia berikan kepada kamu? Perutnya kamu laparkan, tubuhnya kamu letihkan dengan kerja paksa yang tiada henti dan di luar kemampuannya.” (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud)


LEBAH

Dalam satu riwayat lain, pada satu hari Rasulullah SAW melihat sarang lebah di satu tempat yang sudah dibakar oleh seseorang sehingga hangus sarang berkenaan.

Baginda SAW tidak berdiam diri saja menyaksikan perbuatan zalim itu, lalu baginda bertanya: “Siapakah yang membakar sarang lebah ini?” Maka dijawab sekumpulan orang di situ, “Kami yang membakar sarang lebah itu wahai Rasulullah.”

Berubah muka Rasulullah SAW tatkala mendengar jawapan kumpulan itu lalu baginda membuat teguran dengan sabdanya yang bermaksud: “Kamu tidak boleh menyeksakan dengan api kecuali Tuhan yang menciptakan api itu.”


Peristiwa itu membuka mata, akal dan hati kita bahawa memperlakukan haiwan peliharaan secara sewenang-wenangnya amat ditegah Islam. Perbuatan menzalimi haiwan adalah tindakan menghidupkan ‘jenayah dan maksiat purba’. Malah, semua agama juga tidak pernah mengajar umatnya melakukan keganasan dan kezaliman. 

Itulah keindahan akhlak Muslim yang mahu digarap oleh Islam. Seharusnya sebagai khalifah Allah, setiap individu Muslim dapat menzahirkan watak seorang yang penyayang. 



hah, Set Sahabat Sedunia mungkin sudah habis

tapi BIG SALE masih on lagi!!!!!!

Jom, hot item kita ada:

  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Soca Alien M

Sepasang RM4.90 je, murah tu

Ada banyak warna korang boleh pilih,

Siap boleh matching lagi

Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang dengan link ini:

www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.socaz.my

Sumber:

https://www.hmetro.com.my/addin/2018/10/382356/santuni-binatang-amalan-mulia




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping