search

Adakah haram memasang pelita semasa 10 malam terakhir Ramadan?

Adakah haram memasang pelita semasa 10 malam terakhir Ramadan?

Menjelang penghujung Ramadan, menjadi tradisi masyarakat Melayu akan memasang lampu pelita.

Kebiasaannya pelita dipasang semasa 10 malam terakhir Ramadan yang dipanggil sebagai malam tujuh likur oleh kebanyakan mereka, lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan.


Apakah amalan ini bercanggah dengan apa yang dianjurkan dalam Islam?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Ia kerana salah satu malam ganjilnya ada Lailatul Qadar yang pahala bagi sesiapa melakukan ibadah padanya lebih baik daripada 1000 bulan.


Baginda SAW bersabda dalam hadis Riwayat imam Al – Bukhari: 

“ Carilah Lailatuh Qadar di malam – malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan “


Imam Al – Tabari  dan imam Al – Qurtubi Ketika mentafsirkan Surah Al – Qadr, mereka menyatakan, ibdah lailatul Qadar lebih baik daripada 100 bulan.

Adapun, memasang pelita pada 10 malam terakhir dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan


Namun, jika dipasang dengan iktikad tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh si mati pulang ke rumah, makai a tidak diharuskan.

Masyarakat perlulah memfokuskan ibadah dan amal pada 10 malam terakhir Ramadhan agar memperolehi lailatul qadar.


Sebab – sebab orang dulu memasang pelita, lampu dan sebagainya di 10 malam terakhir.

  1. Memeriahkan malam2 terakhir bulan Ramadhan.
  2. Mewujudkan suasana 'jaga malam' untuk beramal ibadah. Malam tidak gelap gelita lantaran ada orang yang bangun untuk beramal ibadah; maka mereka memasang pelita lampu untuk tujuan memudahkan aktiviti dan urusan di malam hari.
  3. Orang-orang kampung dulu sangat prihatin kepada mereka yang beriktikaf di masjid. Lantaran itu mereka ingin mendapat sahamnya dengan menerangi jalan-jalan kampung agar memudahkan orang kampung menuju ke masjid surau tanpa perlu membawa lampu picit, obor dan lain-lain.



WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://www.sinarharian.com.my/article/30055/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Tradisi-malam-tujuh-likur-menurut-perspektif-Islam

http://www.rawatanislam2u.com/2014/07/dalil-dibolehkan-memasang-pelita-pada.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping