icon-search

5 Hadis Palsu yang Popular

5 Hadis Palsu yang Popular

Pada zaman dahulu, kemudahan seperti internet untuk menyebarkan perkara-perkara yang sahih tidak ada jika hendak dibandingkan seperti zaman sekarang. Hal ini telah menyebabkan beberapa hadis palsu telah diperkenalkan kepada kita sejak kecil lagi tanpa kita sangka ayat yang sering dikatakan sebagai hadis itu hanyalah palsu semata-mata. 

Syukur kepada Allah SWT kerana telah membuka mata kita untuk mengetahui perkara-perkara yang sahih dengan mudah untuk berurusan dengan para ulama hanya dengan menggunakan internet dan aplikasi seperti youtube, twitter, tiktok dan instagram dalam mendengar ceramah atau melakukan soal jawab secara maya. 

Terdapat banyak hadis palsu yang telah banyak digunakan dalam kalangan kita tetapi penulis hanya akan mengemukakan 5 sahaja hadis yang paling popular digunakan di Malaysia.

1. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China

Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golongan yang berilmu contohnya:

Maksudnya: Allah SWT mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat.

Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya seperti hadis:

Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga.

Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim.

2. Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki

Hadis ini adalah  hadis palsu.Hadis ini dilabelkan sebagai  palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami, Ahmad Syakir, Muhammad Nasiruddin al Albani dan Syuaib al Arnaouth. 

3. Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri

Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami.

4. Kebersihan itu separuh daripada iman

Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani dengan lafaz yang hampir sama iaitu“kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.

5. Sabar itu separuh daripada iman

Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunyaIhya’ Ulumiddin. Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadisIhya’ Ulumiddin, hadis tersebut adalah dhaif. Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif. Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata inimauquf(kata-kata sahabat)



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Kredit:

https://hafizfirdaus.com/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping