icon-search

4 Perkara yang Membolehkan Wanita Memasuki dari Mana-mana Pintu Syurga

4 Perkara yang Membolehkan Wanita Memasuki dari Mana-mana Pintu Syurga

Seorang wanita mempunyai darjat yang tinggi dan tahukah anda bahawa wanita mempunyai hak untuk memilih mana-mana sahaja pintu syurga yang ingin dimasukinya jika wanita tersebut melakukan 4 perkara ini. Apakah 4 perkara tersebut? Jom ikuti entri ini sehingga selesai.


Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:

 

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]


Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul mengikuti ajaran yang telah ditetapkan dalam agama Islam maka syurga adalah tempatnya.

Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah S.W.T. akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang tidak ditanyakan kepada wanita. Ini kerana tanggungjawab seorang lelaki adalah lebih berat dan besar berbanding dengan wanita.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, sama ada dosa kecil atau besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, dan jika ia bertudung sekalipun tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan ada juga apabila ia tidak menjaga mulutnya daripada mengeluarkan kata-kata yang keji seperti mengumpat dan menghina orang lain. 

Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang masih tidak dapat untuk melakukannya. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.

Mengenai mentaati suami, isteri wajib mentaati suaminya. Apa yang diminta oleh si suami hendaklah dilakukan oleh isteri. Isteri juga tidak boleh meninggikan suara mereka kepada si suami agar tidak melukakan hati suami. Akan tetapi... realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu? Semoga kita semua dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka jahanam. Nauzubillahiminzalik.

Oleh itu, wanita hendaklah menjaga 4 perkara ini sekiranya mereka ingin masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendaki olehnya. 

1- Menunaikan solat 5 waktu 

2- Berpuasa di bulan Ramadhan

3- Menjaga maruahnya

4- Mentaati suaminya


Semoga bermanfaat untuk kita semua. Amiin ya rabb.




Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ masih teruskan BIG SALE NI

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


SUMBER:

https://www.pinterest.co.uk/amp/pin/705094885398035271/

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2369-irsyad-al-hadith-siri-ke-263-sujud-pada-suami

https://www.islamituindah.my/mudahnya-seorang-wanita-itu-masuk-ke-syurga/





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping