icon-search

Pemergian seorang Penyanyi Popular, Siti Sarah

Pemergian seorang Penyanyi Popular, Siti Sarah

Di ibu negara, Kuala Lumpur seorang penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin, 36 telahpun menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini. Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman Instagram (IG), sebentar tadi. "5:13 minit pagi, 9 Ogos. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah," tulis Shuib.

Semalam, Shuib berkongsi keadaan isterinya yang kritikal apabila paras bacaan oksigen jatuh ke paras 40 peratus. Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.  Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. 

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin. Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pemergian arwah amat mengejutkan banyak pihak, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Muhammad Nadir Al-Nuri yang berada di Wilayah Gaza tersentak ketika membaca berita pemergian penyanyi kesayangan ramai itu. "Saya baru dihubungi arwah Siti Sarah sebelum Aidiladha lalu untuk mengikuti program korban di Gaza. 

"Masa itu, saya terkejut apabila arwah memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit. Bukan satu bahagian, seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebajikan terakhir," katanya. Tidak hanya itu, arwah dikatakan kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan umat Islam di Palestin. "Rupanya Allah takdirkan, nyawa diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli nasib, malah sudah didoakan ratusan penduduk di Palestin yang merasa daging, tahun ini," katanya. 

Berkongsi menerusi laman sosial, Instagram (IG) dan Telegram, Nadir mendoakan ketenangan penyanyi lagu Semakin itu. "Beruntunglah dikau, diberi syahid dunia sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah," tulisnya. 

Ada 9 golongan yang dapat mati syahid. Antaranya, beperang di jalan Allah SWT, ditimpah wabak penyakit, sakit perut, tenggelam, luka lambung, korban kebakaran, tertimpah runtuhan, wanita melahirkan anak dan terbunuh ketika membela yang baik. Syahid yang Nadir maksudkan adalah syahid melahirkan anak dan Syahid wabah penyakit. Moga kita semua dikurniakan husnul khatimah amin

Sebelum arwah pergi, arwah pernah beritahu bahawa amalan yang Shuib selalu buat adalah sentiasa bersedekah. Terumatanya dengan ibu, isteri dan keluarga. Tak boleh nak kedekut atau berkira dengan mereka, kerana mereka juga sebab rezeki melimpah luah. Suami isteri harus saling memahami & jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. Saling memahami & kongsi, buat baik-baik dengan keluarga mertua sekali, kerana tanpa mereka anda tidak akan sampai ke sini.

Akhirkata. Salam takziah dari kami Team Socaz HQ buat Shuib sekeluarga

www.socaz.my

Sumber



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping