icon-search

Amalan hebat di bulan Ramadhan

Amalan hebat di bulan Ramadhan

AMALAN kebajikan merupakan suatu perkara baik yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh semua umat manusia. Ini kerana amalan kebajikan yang diseru oleh Allah itu termasuk semua amalan yang baik dan menjangkau semua amal soleh.

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 21 yang maksudnya; 

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh.

1. Solat Terawih

Solat Terawih merupakan solat sunat yang dituntut untuk kita lakukan pada Bulan Ramadan dan ia tidak boleh dilakukan pada bulan lain selain Ramadan.

Terawih menurut kata asalnya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Ia boleh dilakukan lapan rakaat atau 20 rakaat bergantung pada kemampuan dan keikhlasan seseorang.

2. Tadarus Al Quran

Al-Quran diberikan kepada Malaikat Jibril sebagai pembawa wahyu maka Malaikat Jibril menjadi sebaik-baik malaikat (ketua bagi para malaikat). Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan baginda menjadi sebaik-baik rasul.

Al Quran diturunkan kepada umat Nabi Muhammad dan umatnya menjadi sebaik-baik umat. Al Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan Ramadan adalah sebaik-baik bulan. Al Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam. Bayangkan jika Al Quran itu kita baca dan amalkan maka kita akan jadi manusia yang baik.

Tadarus Al Quran boleh dilakukan sama ada seorang diri ataupun secara berjemaah dengan kita membaca atau mendengar daripada Surah Al-Fatihah sehingga Surah An-Nas untuk mengkhatamkan sebuah Al Quran. Oleh yang demikian kita perlu menjadikan Bulan Ramadan bulan kita memperbanyakkan lagi bacaan Al Quran.

3. Bersedekah

Sedekah merupakan amalan kebajikan yang sangat besar di sisi Allah. Seseorang itu boleh melakukan ibadah sedekah dalam banyak cara seperti memberi makanan kepada fakir miskin atau memberi makanan kepada orang yang mahu berbuka puasa. Sedekah menjadikan hati seseorang itu lembut dan rendah diri.

Ini kerana Bulan Ramadan juga dinamakan bulan berkasih sayang. Oleh sebab itu kita diminta untuk sentiasa mengingati orang yang lebih susah daripada kita yang mana mungkin ada di antara mereka yang tidak ada makanan.

4. Mendengar Kuliah

Pada waktu wabak Covid-19 ini agak mustahil untuk kita ke masjid dan surau bagi mendengar kuliah. Tetapi pada zaman teknologi yang serba canggih ini kuliah-kuliah semuanya di hujung jari. Kita hanya memilih ustaz-ustaz yang berkenan di hati untuk mendengar pengajaran mereka. Ia juga menjadikan Bulan Ramadan sebagai bulan kita menambah ilmu pengetahuan.

5. Berdoa

Bulan Ramadan juga merupakan bulan untuk kita berdoa meminta keampunan Allah. Tatkala Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka serta dibuka pintu kerahmatan maka pada waktu inilah kita memohon keampunan Allah dengan kita berdoa: Wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Mulia dan Engkau menyukai untuk memberikan keampunan, maka ampunilah daku Ya Allah.

Apa-apa pun kebajikan yang kita mahu lakukan di Bulan Ramadan pastikan ia dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan juga dengan hati yang khusyuk lagi tawaduk kepadaNya.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/04/24/5-amalan-hebat-di-bulan-ramadan-rebutlah-segera-wahai-umat-islam-ketika-kita-diuji-dengan-pelbagai-musibah



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping